header

Sunday, October 2, 2016

HUA HIN Part-1

23~25 Oct 2015


CahayaAmni




First trip semasa bermusafir di negara Gajah Putih ini ialah ke Hua Hin. Kami naik keretapi dari Hua Lamphong, Bangkok menuju destinasi. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Tiket berharga THB412 dewasa dan THB361 bagi kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah dan di bawah ketinggian 100cm.


cahayaamni
Pintu masuk ke kaunter tiket dan tempat menunggu



cahayaamni
Kawasan untuk turun dan naik keretapi



Seat di depan sekali..belakang driver..


Breakfast disediakan.. halal


Halal lunch (termasuk dalam ticket).. Nasi putih dan lauk ikan black pepper (pedas giler)


Yeayy!! Sampai dah..Alhamdulillah

Dah siap-siap meluruskan anggota badan..check in toilet semua baru boleh bergerak ke tempat penginapan sepanjang berada di Hua Hin ni..jalan kaki je dari Railway Station tadi ke German Bread & More yang merupakan kedai di bahagian bawah dan bilik-bilik yang disewakan di tingkat atas. Harganya boleh check di Booking.Com 


Image result for german bread and more hua hin
pinjam gambar dari www.germanguesthousehuahin.com



kami ambil yang jenis studio.. cukup ruang untuk kami 6 beranak




siap extra tilam lagi..disediakan juga iron & iron board




ada peti ais, kettle, meja makan, almari, cawan dan mangkuk..kat belakang tu pintu bilik air..

Next..jom ke pantai Hua Hin.landmark dia Hotel Hilton..kalau jalan kaki dari tempat kami duduk ni lebih kurang 10 minit je..area tepi pantai tu juga terdapat satu Buddha Temple..kami masuk ikut situ..lagi dekat kalau masuk melalui Hotel Hilton.



ni jalan turun dari Temple Buddha..




ok..test air pantai dulu



gerak ke tengah sikit..kena lalu area kedai-kedai makan yang meja kerusi memang di dalam air 




test lagi..memang dah basah dah baju seluar..tak sempat nak tukar baju mandi



bertukar!! masing-masing busy



sesiapa yang suka menunggang kuda..boleh la cuba..lupa dah berapa THB sekali pusing..




memang ramai pengunjung di sini..tetapi pantai di Malaysia lagi cantik airnya..


Nanti kita cerita tentang pasar malam dia di next post..sekian dulu..nak pergi cari sayur bayam jap..hehe..malasnya nak keluar cuaca panas-panas ni..