Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Hua Hin ni.. dan ini merupakan tempat-tempat yang sempat kami pergi :
1. Camel Republic
Overall tempat ni (setakat October 2015) nak kata banyak sangat camel nya tak jugak..tapi ada la sesuai dengan namanya kan..ada beberapa tempat permainan juga..bolehla untuk bergambar..nak rasa menunggang unta.. ada zirafah, ikan, parrots dan mungkin dah setahun berlalu ni sudah banyak lagi penambahbaikan..
Kedudukan/location tempat ini adalah di sebelah kanan jalan kalau dari arah pusat bandar Hua Hin. Jarak lebih kurang 34.7km kerana perlu u-turn.
| Entrance :) |
| haa..nampak dah replica camel tu.. |
| yeaaa.. tu diaa camel yang dicari-cari :) |
| giraffe pun ade.. |
| dan ini ialah sejenis burung parrots..ada taman burung mini dalam ni.. |
| ada beberapa tempat permainan juga.. salah satunya ialah anda boleh merasa terapung kalau masuk dalam tu ;) |
| gemuk dan sihat ikan-ikan dalam kolam ni |
| ::love:: |
2. Swiss Sheep Farm
Swiss Sheep Farm terletak lebih kurang 900m sahaja dari Camel Republic..Tempat ni sesuai untuk yang suka posing :)..banyak view yang menarik..best la duk melepak kat sini..bagi biri-biri makan..
Tiket masuk (setakat Oktober 2015) bagi dewasa ialah TB120 dan TB80 bagi kanak-kanak di bawah 120cm..kalau lebih tinggi kena bayar harga dewasa..
| Reference untuk Makanan Halal, bertentangan dengan Swiss Sheep Farm. Betul-betul berhadapan dengan SSF..tapi kena u-turn dulu. |
3. Khao Hin Lek Fai View Point
Ok..yang ni terletak di atas bukit..haruslah kan sebab nak tengok view Hua Hin..ini last tempat yang pergi sebelum balik semula ke Bangkok.. Nampaknya kawasan ni sunyi sikit..tak pasti sebab masih pagi tapi masa tu ada 2 family je..monyet pun takde..hehe.. macam kurang terjaga sikit (setakat Oktober 2015).bolehla buat exercise kaki :)
sarapan dulu..janji dengan abg burger tu nak jumpa kat kedai nasi ayam milik kawan dia ni.first time makan nasi ayam versi Thai.. Aroii(sedap).
![]() |
| gambar dari google |
Kedai ni terletak di jalan Khao Hin Lek Fai 2..berdepan dengan jalan Chum Chon Ban Ang Nam Soi 6.
| view kawasan sekitar |
| gambar ni je yang elok sikit..view belakang kurang jelas..nanti korang pergi ambik view lawa ye |
4. Cha Am Beach
Sampai beach ni dah dekat nak tenggelam matahari dah..so ini ajelah yang ada..
5. Puek Tian Beach @ Puk Tian Beach
ok..ni list yang dikatakan harus dilawati..memandangkan kekangan masa dan sebagainya..kita pergi next time pulak ye:
1. Plernwarn Market
2. Black Mountain Water Park
3. The Venezia ~ dah pergi tapi dah hampir tutup. Pukul 8 dah tutup.huhu
4. Santorini Park & Water Park
5. Van Nava Hua Hin Water Jungle
6. Cicada Market


